Tuesday, July 19, 2011

dajal

KEISTIMEWAAN DAJAL

Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

?
BILA DAJAL DILAHIRKAN

Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?

Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

Monday, July 18, 2011

bad feeling . =(

aku rndo ko tp tatauk na tunjok .
aku rndo ko tp tatauk cmane nak ckp .
aku rndo sgtsgt kat ko cz aku mmg syg gegile kat ko .
aku pena gtauk ko yg aku syg ko tp mmg aku ta pndai nak express kan bnde toh so aku act cm nothing feeling jeh kat ko .
semenjak due menjak neh , mmg aku ade jugak rase nak contact ko , tp aku tak dpt buad bnde toh . aku tak mampu .. =(

ko ponn salu jeh ckp yg aku cm tak sayang ponn kat ko . ko ade ckp , bukan aku ta syg , syggg sgt . aku da byk kali gtauk ko tp aku takod nak dekat nan ko .
bile ko jaoh , mmg aku nak sgt dekat dgn ko tp bile ko da dekat , aku rase ta selesaa . im soryy .

lemah nyeh lahh aku .
kuad lahh hati . kuad lahh jiwe .
kuad lahh eken !

Sunday, July 17, 2011

sahabat ^^

Sahabat…
Andai benar kalian menyayangiku…
Jangan merimbun puji dan pujamu padaku..
Tapi, hujani aku dengan ingatan berisi cinta-NYA..
Kalam agung menjulang kehebatan Maha Pencipta…
Sabda Nabi yang lebih dulu menebarkan cinta buat ummatnya.

Pujian hanya mengurangi imanku…
Puja banyak menebalkan mazmumahku….
Panjang angan-anganku…
Lalu terlena diulit mimpi-mimpi nafsu.

Hanya peringatan dengan kasih menyedarkan…
Merentap keasyikan mimpi palsu bawaan syaitan…
Biar aku merintih dalam keinsafan…
Biar aku menangis mengenang kekhilafan…
Dari tersenyum tanpa nilai…
Apatah lagi tertawa yang membinasakan…

Sahabat….
Andai benar kalian menyayangiku….
Tebarkan wangian dalam persahabatan…
Agar harum kasih ikatan dan ukhuwwah ini…
Berpanjangan hingga ke syurga idaman…

Sahabatku…
Sayangi aku kerana-NYA…
Dan aku pasti menyayangimu jua kerana cinta-NYA.

beringatlahh .

Saat tubuh segar bugar,
Dihiasi busana berkilauan,
Jejaka menatap, bergetar keimanan,
Walau gaya potongan menidakkan suruhan TUHAN,
Dek mengikut tema dan kesesuaian zaman,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Saat mata melihat,tidak buta,
Dipandang, memandang kecantikan ‘taman larangan’,
Putih gebu, hitam manis, melonjak keghairahan,
‘Si ikan ada didepan si kucing jantan’,
Peluang keemasan, jangan disiakan,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Saat telinga mendengar, tidak tuli,
Suara manja menggoncang iman,’ halwa’ pendengaran,
Berita sensasi, gossip terkini,
Alunan cinta nafsu, membuai keasyikan,
Sekadar berhibur penawar kepenatan,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Saat mulut berbicara, tidak bisu,
Patah kata umpat-umpatan,
Bicara kesat, membuak kemarahan,
Biar luahan sangat melukakan,
Asal diri puas menuturkan,
Tercapai hasrat, maksud dan tujuan,
Konon perbincangan berpaksi kebenaran,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Beringatlah wahai tubuh yang segarbugar,
Beringatlah mata yang tidak buta,
Beringatlah telinga yang tidak tuli,
Beringatlah mulut yang tidak bisu,
ALLAH SWT tidak pernah lalai menyaksikan,
Malaikat di kiri kanan setia mencatat amalan,
Bertaubatlah, pohon keampunan.

Jangan menunggu mata rapat terpejam,
Telinga pekak, tidak mampu mendengar,
Mulut terkatup rapat, tidak sepatah terluah,
Tubuh segar, kaku di pembaringan,
Ketika itu, tiada guna penyesalan,
Kelak 'alasan' makan tuan!

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.

kapel .

Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai.Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:

'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'

'saya cintakan awak kerana Allah..'

'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'

Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.Bagaimana kita bias menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina?Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'

'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'

'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kamijaga pergaulan walaupun 'couple'

'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'

Sahabat, andai percintaan ini Berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?.Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur24 :26)

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

Sunday, July 3, 2011

hlovate ^^

‘’hati kaw bukan aku yg pegang ,tuhan yg pegang’’ .

Fend yg baru tersedar akan kelalaiannya dlm menjalani hidup berlandaskan hukum Allah akhirnya btaubat dan mencari ruang utk memperbaiki kesilapannye . namun die berase tidak adil dan tidak senang hati selagi teman terdekatnye masih dlm keadaan alpa . jadi die memberikan cd yg sedikit sebanyak memberi die inspirasi utk teroz menjadi lebih baek kpd teman terdekatnye yg bername k2 . namun setelah k2 menonton cd tersebut , k2 maseh tidak nampak ape yg ingin ditunjukkan oleh fend kpdnye . jadi fend menceritekan kpd k2 ape yg terkandong dlm cd tersebut , yg telah berjaye membuatkan hatinya berubah sedikit demi sedikit , yg telah membuka mata dan hatinya utk meninggalkan kejahilan mase lalu dgn izin Allah . tp k2 maseh tak nmpak dan kelamkelambedu lagi dgn isi cd tersebut . k2 pelik dgn perubahan sikap rkn baek nye ito yg berubah setelah menonton cd ‘amendekenamenye’ . bg k2 , cd toh bese bese jeh . nothing spesel ponn . then fend terpikir , betol lahh hati toh Allah yg pgg , bukan org . bnde dan perkare yg same tak semestinye memberikan kesan yg same jugak kpd penerime laen .

^hati kaw bukan aku yg pegang .

Hasel tiruan drpd : contengan jalanan hlovate

sunyii nyeh .

Rase sunyii ..
Sangat sunyi ..
Nape sunyi ?
Hati kosongg ?
Entaa ,tatauk .. mungkinn .
Aku manusia yg pelupe .yg da jadi aku yg dulu . aku yg dulu ..
Aku yg dulu ?yaa , aku yg dulu .
Ustaz kate ,kalau kite nak jadi baek , setiap hari kite kene tingkatkan iman kite . sbb ape ? sbb manusia punye iman sentiasa berkurang dan bertambah . so kalo byk amalan baek , mningkatlahh iman n vice versa .
Senang keh nak istiqamah ?
Takk !susaa .bukan senang nak jadik baek . nak jadik jahad tohh yee senang . sbb yg jahad toh mmg nafsu kite suke buad . yg baek toh , mane nafsu suke . yee dakk ? aiyarkk !
Aku baru jeh habez bace novel hlovate – contengan jalanan .touchyy ¬ jahelnye aku !kenape kene pikir ape org akan kate kalo nak berubah ? kenape kene pikir ape perasaan org kalo tetibe berubah mendadak? Kenape kene pikir ape org toh akan piker pasal kite? kenape ?
Kenape tak pikir ape Allah akan kate kalo kite berubah utk Die, utk cari redha Die ?kenape tak pikir ape perasaan Allah kalo kite lgsong tak tebukak aty utk jadik baek dlm erti kate sebenar ? kenape ?
Hlovate ckp ‘aku arah hidup sendiri , bukan org arah hidup aku’ is right . betul .bukan keh kubur masengmaseng ? biarlahh org nak kate ape ponn , yg kene seksa kat kubur nanti diri sendiri jugak . bukan bole maen kongsikongsi . biarlahh org nak kutuk ape ponn kalo tetibe rase nak berubah ke arah yg lebih baek , tapaya lahh dok ekod ckp die , nanti kat kubur bukan die bole tanggong dose kite ponn . yg kite dok piker sgt ckp org , lastlast mati nti kite yg mderite sensorang nunn . ehm betol lahh toh .
Sbb ape mnusie selalu buad kejahilan even da tauk balasan tuhan nti ?sbb tuhan tak tunjok betolbetol hukuman toh lagi . kite setakat dengaa cerite then takod for just 10mnits n repeat balek kejahilan toh . habis ?nak tggu smpai betolbetol hukuman tuhan toh jadik dpn mate ? aku sendiri ponn takod . takod kalo mati dlm keadaan aku tenga buad kejahilan . mane lahh tauu kan . da lahh aku neh lalai , bengong pulok tohh . adodoii ekeneken ..
‘’masuklah ke dalam islam secara keseluruhannya’’ .mcm mane ?for diz one , I think solat tiang die . kalo dah solat , sahsah lahh pakaian toh kite jage . takan lahh name jeh solat tp pakaian seksi lagi , an ? enta lahh .hah ,bab pakaian pulak mcm mane ? ‘’masuklah ke dlm islam secare keseluruhannya’’ .so sahsah lahh kene tutop semue an ? hatta tapak kaki ponn for the gurlss lahh . tp kenape aku rase susa utk tutop tapak kaki toh ? alasan aku , ‘’ alahh tggu lahh da abez skola nti ‘’ , ‘’ehmm malu lahh nti org kate poyo sgt laa pulak ‘’ . adodoii ekeneken . nyodd sggoh dirimu .
kenape nak pikir ape org akan kate ? entaa ,tatauk , hmm .. sedihnyee .
tatauk lahh nape lepas bace jeh novel contengan jalanan neh , aku rase mcm down gegile ! aku sendiri tatauk kenape . mybee sbb quote die ‘’ the man who decided to change on the 12th hours die on the 11th ‘’ . org yg konon nye kate nak berubah bile umo da masok 20 tp Allah tarek nyawe die awal sbelom 20 . kann da tak sempat nak betobat . aku neh haa , asek kate na change betol punye bile da abez jeh skola , ate bantaiinye aku mati esok ? hah ,toh makan die ! adodoii .
ehm enta lahh . mntakmntak hati aku cukop kuad utk go on dgn jalan neh .